Selamat Datang

Panduan lengkap penggunaan Sistem Pengurusan Jadual PPKP.

Tentang Sistem

Sistem ini dibangunkan untuk mendigitalkan proses penjadualan tugas pegawai, memudahkan pemantauan kehadiran, dan menjana laporan bulanan secara automatik.

Sistem ini menyokong dua jenis pengguna:
  • Pengguna Biasa (User): Mengisi jadual kerja harian (Arahan Kerja) dan menyemak jadual CPRC/Oncall.
  • Pentadbir (Admin): Menguruskan akaun staf, menyunting jadual induk CPRC, dan menjana laporan PDF.

Pendaftaran Akaun

Bagi pegawai yang belum mempunyai akaun, sila ikuti langkah ini.

Langkah-langkah:

  1. Di halaman utama, klik butang "Daftar" (atau pautan "Tiada akaun? Daftar Sekarang" di telefon).
  2. Di ruangan Nama, mula menaip nama anda.
  3. PENTING: Anda MESTI memilih nama yang muncul dalam senarai cadangan (dropdown). Nama ini diambil daripada pangkalan data induk "Petugas". Jika nama anda tiada, sila hubungi Admin.
  4. Masukkan E-mel rasmi dan cipta Kata Laluan.
  5. Klik Daftar.

Selepas mendaftar, status akaun anda adalah PENDING. Anda perlu menunggu Admin mengaktifkan akaun anda sebelum boleh log masuk.

Log Masuk

Akses Sistem

  1. Masukkan E-mel dan Kata Laluan yang didaftarkan.
  2. Klik Log Masuk.

Lupa Kata Laluan?

Klik pautan "Lupa kata laluan?". Masukkan e-mel anda. Sistem akan menghantar notifikasi kepada Admin untuk menetapkan semula (reset) kata laluan anda secara manual.

Nota Reset Password: Jika Admin telah reset password anda, kata laluan sementara adalah 123456. Anda akan diminta menukarnya serta-merta semasa log masuk kali pertama.

Arahan Kerja (Jadual Harian)

Modul ini adalah untuk anda mengisi log aktiviti harian anda.

Cara Mengisi Jadual

  1. Pilih Bulan yang ingin dikemaskini.
  2. Anda boleh memilih paparan Kalendar atau Senarai Mingguan.
  3. Cari tarikh yang berkenaan dan klik butang EDIT atau TAMBAH.
  4. Masa: Pilih waktu mula dan tamat bertugas.
    (Sistem akan auto-cadang masa 08:00-17:00 untuk hari biasa dan 08:00-13:00 untuk cuti, tetapi anda boleh ubah).
  5. Skop Tugasan: Masukkan butiran aktiviti anda.
  6. Klik SIMPAN.

Menjana Laporan Mingguan

Fungsi ini membolehkan anda mencipta fail dokumen rasmi untuk rekod mingguan anda.
  1. Tukar paparan kepada Senarai Mingguan (butang "Senarai Mingguan" di atas).
  2. Di bahagian tajuk setiap minggu (header hitam), anda akan melihat butang 📄 JANA LAPORAN.
  3. Klik butang tersebut. Sistem akan memproses data anda dan mencipta fail Google Doc.
  4. Setelah selesai, butang akan bertukar menjadi 👁️ LIHAT. Klik untuk membuka fail tersebut.
  5. Jika anda membuat perubahan pada jadual, klik 🔄 JANA SEMULA untuk mengemaskini dokumen tersebut.

Semakan Jadual CPRC & Oncall

Lihat giliran bertugas untuk Bilik Gerakan dan Atas Panggilan.

Jadual CPRC

  • Sistem memaparkan jadual bulanan dalam bentuk kalendar.
  • Nama anda akan di-highlight hijau secara automatik jika anda dijadualkan bertugas.
  • Gunakan penapis Bulan untuk melihat jadual bulan lain.

Jadual Oncall

  • Dipaparkan dalam bentuk senarai (Table) untuk memudahkan pembacaan tarikh mula dan tamat.
  • Nama anda juga akan di-highlight jika terlibat.

Pengurusan Pengguna (Admin)

Khas untuk Pentadbir Sistem sahaja.

Mengaktifkan Pengguna Baru

  1. Pergi ke tab Pengurusan Pengguna.
  2. Cari nama staf yang berstatus PENDING.
  3. Klik EDIT.
  4. Tukar Status kepada Active.
  5. Pilih Unit/PPKP yang betul dari dropdown.
  6. Klik SIMPAN.

Reset Kata Laluan Staf

Jika staf terlupa kata laluan, klik butang Reset Pwd di hujung baris nama mereka. Kata laluan akan kembali kepada 123456.

Pengurusan Jadual CPRC (Admin)

Langkah 1: Pilih Jadual

Anda WAJIB memilih Tahun dahulu, kemudian Bulan. Data tidak akan dimuatkan jika salah satu tidak dipilih.

Langkah 2: Menyunting Jadual

Klik butang ✏️ MOD SUNTING. Paparan akan bertukar kepada Split View:

  • Kiri: Jadual Harian (Boleh pilih nama staf dari dropdown).
  • Kanan: Senarai Staf yang belum dijadualkan pada bulan tersebut (untuk rujukan mudah).

Logik Dropdown: Sistem secara automatik memaparkan senarai staf yang sesuai mengikut hari:

  • Hari Bekerja = Staf Unit CDC sahaja.
  • Cuti/Hujung Minggu = Staf Unit Lain (Non-CDC).

Langkah 3: Menjana Laporan

  1. Pastikan semua jadual telah lengkap diisi.
  2. Klik butang 📄 JANA PDF.
  3. Tunggu sehingga selesai. Pautan laporan baru akan muncul dalam dropdown "Laporan Terdahulu".
  4. Anda boleh klik BUKA untuk melihat atau mencetak laporan.

Penyelesaian Masalah Lazim

⚠️ Tahun hadapan (2026/2027) tiada dalam pilihan?

Punca: Sistem mengambil senarai tahun daripada data yang wujud dalam Sheet.

Solusi: Buka Google Sheet 'Petugas CPRC', pergi ke Column A, dan masukkan sekurang-kurangnya SATU tarikh bagi tahun tersebut (contoh: 01/01/2026). Sistem akan mengesan tahun baru secara automatik.

⚠️ "Tiada data kalendar" dipaparkan?

Solusi: Pastikan anda telah memilih kedua-dua Tahun dan Bulan. Jika bulan tersebut memang tiada data, Admin perlu masuk ke Mod Sunting untuk mula mengisi jadual.

⚠️ Nama staf tiada dalam dropdown?

Solusi: Semak Google Sheet 'Petugas'. Pastikan Unit (Col C) dan Jawatan (Col D) diisi dengan betul. Unit "UKPBV" ditapis keluar dari jadual CPRC.